NEW DELHI: Sekurang-kurang tiga maut dan empat lagi parah dalam kebakaran besar di sebuah loji minyak di negeri Assam, timur laut India, menurut pegawai, semalam, lapor Xinhua.
Kebakaran tercetus pada Jumaat lalu di loji kendalian Oil India Limited (OIL) di Tengakhat, daerah Dibrugarh, kira-kira 457 kilometer ke timur laut Dispur yang juga ibu negeri Assam.
Pegawai kerajaan tempatan memaklumkan bahawa seorang pekerja maut pada Jumaat lalu, manakala dua lagi meninggal dunia akibat kecederaan, semalam.
Katanya, empat mangsa yang cedera pula sedang menerima rawatan dengan bantuan alat pernafasan.









