SHAH ALAM - Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA), Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) serta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa semua pihak memberi ruang kepada proses perundangan sewajarnya.Gesaan itu bagi menyelesaikan segala kekaburan undang-undang berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga organisasi itu berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilihat sudah mengenal pasti secara teliti satu kekaburan serius, jika bukan kesilapan, dalam Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 6 November yang boleh menyebabkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International dilepaskan.Menurut kenyataan itu, sama ada kekaburan atau kesilapan berkenaan disengajakan atau sebaliknya, ia sudah melangkaui pemahaman umum mengenai keputusan Lembaga Pengampunan berhubung tahanan rumah Najib."Malah, secara ironinya, jika Najib dilepaskan secara tidak sah daripada hukuman dalam kes SRC, hukuman penjara 15 tahun terhadapnya dalam kes 1MDB-Tanore sepatutnya bermula serta-merta," menurut kenyataan itu pada Ahad.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa sebarang usaha menjadikan kekaburan atau kesilapan berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah akan menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang serta mengubah asas Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan berteraskan demokrasi berparlimen.Menurut mereka, perbezaan tafsiran terhadap peruntukan perlembagaan dan undang-undang antara institusi adalah perkara biasa, justeru badan kehakiman diperlukan untuk mentafsir dan menjadi penimbang tara."Menafikan peluang AGC mendapatkan penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan serta membolehkan kekaburan itu diperbetulkan oleh mahkamah akan menjejaskan kedaulatan undang-undang," menurut kenyataan.Keadaan itu juga, menurut kenyataan berkenaan, boleh menghakis keyakinan masyarakat dan antarabangsa terhadap tadbir urus serta ekonomi Malaysia."Tiada individu atau institusi yang bertindak dengan niat baik sepatutnya takut kepada ketelusan dan kejelasan yang dibawa melalui perbicaraan kehakiman," menurut kenyataan itu.Mereka berkata, sekiranya tahanan rumah Najib adalah berperlembagaan dan mempunyai asas kehakiman yang kukuh, tempoh menunggu yang singkat akhirnya akan memberi manfaat kepadanya dari sudut pandangan masyarakat.Kenyataan itu turut menyebut Najib sudah menyebabkan negara menanggung kerugian RM2.32 bilion menerusi kes SRC dan 1MDB-Tanore, justeru beliau perlu mengelak daripada mendesak proses berkenaan dipercepatkan sehingga menjejaskan lagi kedaulatan undang-undang serta keyakinan awam terhadap demokrasi berparlimen.Menurut mereka, tiada tekanan politik atau kempen awam sepatutnya digunakan untuk mempercepatkan pelaksanaan sesuatu perintah yang status perundangannya masih belum dimuktamadkan."Kepercayaan awam menuntut supaya setiap kekaburan diselesaikan secara telus dan mengikut undang-undang sebelum tahanan ru
Tahanan rumah Najib perlu penjelasan kehakiman

Key takeaways
Tiga organisasi meminta pihak berkuasa memberi ruang kepada proses perundangan untuk menyelesaikan kekaburan undang-undang berkaitan tahanan rumah Najib.
- Projek SAMA, C4 Center dan Bersih meminta proses perundangan dihormati.
- Kekaburan dalam perintah mahkamah boleh menyebabkan hukuman Najib dilepaskan.
- Menafikan penjelasan kehakiman akan menjejaskan kedaulatan undang-undang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Najib lunaskan denda RM50 juta untuk tahanan rumah
- Utusan Malaysia PN tuntut penjelasan penangguhan tahanan rumah Najib
- Sinar Harian Tahanan rumah Najib perlu penjelasan kehakiman (this story)









