PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris dilanggar kenderaan selepas dia didakwa melintas tanpa melihat kiri dan kanan, dalam kejadian di sebuah perumahan bertingkat pada Khamis lalu.

Kejadian pukul 8.57 malam itu dirakam menerusi kamera papan pemuka atau dashcam serta dimuat naik seorang pengguna Threads Muhammad Aizat Rahim sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai terhadap sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang tidak peka dengan persekitaran.

Menerusi video tersebut, pemilik kereta itu sedang memandu turun dari tempat kereta di tingkat atas untuk ke tingkat bawah dan secara tiba-tiba, seorang kanak-kanak berlari melintas di hadapan kenderaannya.

“Kejadian semalam, alhamdulillah selamat semuanya. Perhatian ibu bapa, jangan biar anak turun dari rumah tanpa pengawasan orang dewasa,” katanya.