PETALING JAYA – Bukan hanya sumbangan wang ringgit, malah sebarang tindakan dan usaha membantu memudahkan kesukaran Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan hak yang dibenarkan juga dianggap sebagai satu amalan berpahala.

Demikian pandangan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi dua hantaran terbaharunya di Facebook yang menyentuh usaha orang ramai membantu bekas Perdana Menteri itu.

Menurut beliau, tindakan umat Islam membantu membayar RM50 juta bagi pihak Najib bukan bermaksud menyokong perbuatan salah, sebaliknya merupakan sokongan terhadap sistem pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang diiktiraf syarak.

“Muslim bantu bayar RM50 juta utk Datuk Seri Najib Razak adalah berpahala. Ia bukan sokong sakau. Ia menyokong sistem pengampunan Agong yang diakui syarak,” katanya di media sosial.