KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka bersedia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus pada suku pertama 2027, sebagai langkah awal mengekang tekanan inflasi yang dijangka meningkat tahun depan, demikian menurut HSBC Global Investment Research.
Dalam nota penyelidikannya, ia berkata, walaupun BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus dalam mesyuarat terakhir tahun ini, ruang untuk normalisasi dasar monetari masih terbuka.
Katanya, kenyataan terbaharu BNM didapati kurang cenderung kepada pengetatan dasar monetari berbanding kenyataan September lalu, khususnya apabila bank pusat menjangkakan inflasi keseluruhan dan teras meningkat sedikit pada 2027, namun kekal terkawal.









