Lima, Peru: Lebih 3,000 ekor tarantula dirampas di sebuah lapangan terbang di Lima ketika cuba diseludup ke Jerman, menurut pihak berkuasa Peru.

Labah-labah itu disembunyikan di dalam stoking kotor yang dimasukkan ke dalam tiga beg pakaian milik dua warga Jerman dan seorang warga Poland, menurut Perkhidmatan Perhutanan dan Hidupan Liar Kebangsaan (SERFOR) kepada AFP pada Khamis.

Haiwan berkenaan dikesan selepas pegawai kastam menyedari pergerakan luar biasa di dalam bagasi terbabit ketika menjalankan pemeriksaan rutin di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez.

"Kami menyedari beberapa ekor daripadanya bergerak. Ada yang bersaiz kecil dan ada juga yang besar," kata juruteknik kawalan hidupan liar SERFOR, Cora Suarez.