Puchong: "Tak tahu nak gambarkan macam mana kepuasan itu, saya bersyukur sangat kerana dapat berkongsi rezeki dengan keluarga walaupun ia tak seberapa." kata Aiman Hakim Abdul Mokhtar.
Pemuda berusia 23 tahun dari Kampung Sri Langkas Tambahan, di sini, berkongsi perasaan mengenai kisahnya yang mendapat perhatian warganet selepas mengenai kegembiraannya kerana dapat menjamu keluarga hasil gaji pertamanya baru-baru ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji Aiman Hakim dan tersentuh dengan hantaran berkenaan kerana teringat kenangan bersama keluarga masing-masing.
Bercerita lanjut, Aiman Hakim yang juga kakitangan kontrak bahagian pemprosesan di Jabatan Perangkaan (DOSM) berkata, niat memuat naik gambar berkenaan di media sosial adalah sekadar untuk berkongsi kenangan dengan keluarganya.









