Masjid Tanah: Seawal jam 5 pagi, Zaitun Adi sudah memulakan rutin hariannya menyediakan lebih 200 keping roti canai untuk petugas kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Biarpun berusia 61 tahun, Zaitun masih 'lincah' menebar roti canai bagi memenuhi permintaan sepanjang tempoh kempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Menurut Zaitun, dia bersama dua lagi pekerja memulakan operasi selepas solat Subuh bagi menyediakan sarapan kepada petugas kempen dan penduduk setempat.
"Biasanya selepas Subuh, sudah ada orang datang termasuk jemaah masjid yang memang biasa bersarapan di kedai tempat saya bekerja.









