PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga enam mangsa yang terkorban dalam kejadian tembakan di Kraków, Poland.
Beliau berkata, Malaysia bersolidariti dengan rakyat Poland dan mendoakan agar mangsa yang cedera dalam kejadian itu segera pulih.
“Saya sedih dengan kejadian tembakan mengerikan di Kraków, Poland, yang meragut enam nyawa dan mencederakan ramai lagi,” katanya dalam kenyataan.
Anwar turut menyifatkan laporan bahawa penyerang dipengaruhi fahaman pelampau sayap kanan sebagai amat membimbangkan.










