KUALA LUMPUR: Bantuan RM10,000 diberikan kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada keluarga 54 mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu, memberi kelegaan menjelang sambutan Deepavali esok.
Jurucakap Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam, berkata pihaknya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, susulan bantuan berkenaan.
Menurutnya, walaupun jumlah itu tidak dapat menampung keseluruhan keperluan atau menggantikan kehadiran orang tersayang yang masih belum ditemukan, ia sekurang-kurangnya memberikan sedikit ruang kepada keluarga untuk memenuhi sebahagian keperluan mendesak.








