Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengangkat bendera putih dalam perebutan tiket ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2026 selepas peluang mereka tertutup susulan tidak beraksi bersama dalam beberapa kejohanan utama sebelum ini.
Ketika ini, berdasarkan kedudukan kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir, Wei Chong-Kai Wun berada di tangga ke-33 dan tidak mampu lagi mengejar dua pasangan negara yang berada pada kedudukan lebih baik, iaitu beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (pertama) dan pasangan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (keenam).
Justeru, beregu kesembilan dunia itu akan memberikan fokus kepada dua kejohanan akan datang, iaitu Masters Jepun (10 hingga 15 November) dan Terbuka Hong Kong (17 hingga 22 November).









