KOTA TINGGI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pengerang, di sini hari ini atas dakwaan membunuh seorang peneroka warga emas di Felda Lok Heng Selatan, di sini bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Iskandar Sentot, 35, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Tiada pengakuan direkod memandangkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang merupakan bidang kuasa mahkamah tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Mohd. Ariff Md. Yusoff, 68, di hadapan sebuah rumah di Jalan Bersatu, Felda Lok Heng Selatan, Pengerang di sini pada pukul 7.20 petang, 26 Oktober lalu.