Kuala Lumpur: Pendekatan pengurusan bencana banjir di Selangor dicadangkan supaya memberi lebih tumpuan kepada fasa kesiapsiagaan dan mitigasi awal berbanding tindakan selepas kejadian.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, penyelarasan yang lebih erat antara agensi kerajaan amat kritikal bagi memastikan pelan pencegahan berjalan seiring dengan data ramalan cuaca semasa.
"Pihak berkuasa memang mengeluarkan amaran awal, mengenal pasti lokasi hotspot banjir serta menyediakan ramalan taburan hujan beberapa bulan lebih awal.
"Maklumat ini sepatutnya memberikan masa yang mencukupi kepada pihak berkuasa untuk merancang dan melaksanakan langkah pencegahan," katanya.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F324342324324342342b_869807.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

