Itu antara situasi rakyat Malaysia yang sedang berada di Osaka, Jepun apabila gempa bumi dengan magnitud awal 5.7 melanda kawasan tengah Jepun awal pagi tadi.

Menurut perkongsian Eyan Jalil di Threads, dia merasakan gegaran kuat semasa berada di dalam bangunan dipercayai hotel yang didiaminya semasa kejadian itu berlaku.

“Kuatnya gegar dekat Osaka. Ya Allah, shaking (menggigil) satu badan,” tulisnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati, terdapat beberapa lagi rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan turut berkongsi situasi masing-masing semasa gempa bumi itu berlaku.