Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) menunggu keputusan analisis makmal dan akan menjalankan pemeriksaan susulan di kilang Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd bagi mengesahkan pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 berikutan dakwaan keracunan makanan melibatkan produk syarikat itu.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan awal sedang dijalankan berhubung aduan tular di media sosial dan laporan media mengenai dakwaan keracunan makanan selepas pengambilan produk Gardenia, khususnya Gardenia Original Classic White Bread dan Twiggies Choc-A-Lot.

"KKM telah mendapatkan penjelasan Gardenia Bakeries (KL). Menurut syarikat, siasatan dalamannya tidak menemukan sebarang penyimpangan proses pengeluaran, perubahan resipi atau ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan keselamatan makanan bagi produk terlibat.