Kota Bharu: Wanita berusia 23 tahun yang dirogol bapa kandungnya ketika berusia 14 tahun, dipercayai berada di Pulau Pinang selepas meninggalkan rumah keluarganya pada 26 Oktober lalu.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh, berkata pihaknya dimaklumkan wanita itu meninggalkan rumah dipercayai akibat tekanan emosi, susulan komen negatif pengguna media sosial yang seolah-olah menyalahkannya di atas apa yang berlaku.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada ahli keluarga, wanita itu sebelum ini ada menghantar pesanan WhatsApp kepada adik lelakinya bagi memaklumkan dia selamat di rumah rakan di Pasir Mas.
"Bagaimanapun, perkembangan terbaru menunjukkan dia dipercayai berada di Pulau Pinang selepas dibawa ke sana oleh seseorang.









