Kuala Lumpur: Seramai 751 mangsa banjir daripada 216 keluarga masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Selangor dan Perak setakat jam 11.30 pagi ini.
Berdasarkan data terkini portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 424 orang daripada 132 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak.
Kedua-dua PPS berkenaan ialah Dewan Rumah Rehat MPTI Bandar Baru dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan di Langkap, yang mula beroperasi secara berperingkat sejak 6 November lalu.
Sementara itu, di Selangor, seramai 327 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di lima PPS yang dibuka di daerah Kuala Selangor dan Shah Alam.









