Masjid Tanah: Kehadiran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, memberi kekuatan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sejak kempen berjalan, Sulaiman dilihat aktif turun padang bersama Abdul Hakim untuk menyantuni penyokong dan pengundi di kawasan itu.
"Saya tak nampak (isu pengundi merajuk) sebagai satu perkara yang merunsingkan sangat kerana Datuk Seri Sulaiman sendiri pun keluar bersama-sama bergerak bersama dengan calon.
"Dan penonjolan ataupun kehadiran Datuk Seri Sulaiman itu sendiri, itu membawa juga satu kekuatan kepada calon kita, kepada parti kita. Jadi nak, tak nak, saya tak nampak ia sebagai satu isulah yang boleh dimainkan ataupun penduduk merasa kecewa.









