Moscow: Kira-kira 20,000 warga asing yang disabitkan kesalahan jenayah masih berada di United Kingdom (UK) selepas dibebaskan daripada tahanan, meskipun berdepan perintah pengusiran yang masih berkuat kuasa, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar The Times dan data rasmi Pejabat Dalam Negeri UK.
Menurut akhbar itu, kadar pengusiran penjenayah warga asing masih sangat rendah, walaupun jumlah individu yang diusir dari negara berkenaan meningkat daripada 8,000 pada 2020 kepada 36,000 pada 2025.
Penjenayah warga asing masih merangkumi kurang 30 peratus daripada keseluruhan individu yang diusir dari UK, menurut laporan itu.
Setakat Jun 2025, seramai 20,000 pesalah warga asing masih hidup bebas dalam komuniti meskipun tertakluk kepada perintah pengusiran.








