Kuala Lumpur : Vokalis Hyper Act, Firman Bansir, 37, menyifatkan populariti kumpulan itu masih lagi bertahan, sekali gus nama juga 'belum merudum' meskipun tidak muncul lagu baharu selama beberapa tahun.
Firman berkata, kekuatan Hyper Act juga memang bergantung kepada lagu mereka yang menjadi pilihan kebanyakan penerbit sebagai runut bunyi atau lagu tema (OST) bagi drama dan filem.
"Hyper Act ini diketahui popular dengan lagu OST. Orang memang selalu dengar lagu kita (Hyper Act) dekat drama dan ada juga filem. Jadi, untuk lagu baharu itu, sebenarnya masih ada, dan diterima baik pendengar.
"Alhamdulillah sebenarnya, sebab kita pun tidak jangka lagu baharu seperti Pasti Terjadi, dilancarkan pada 2023 dan Termeterai (2024) diterima pendengar menerusi platform media sosial seperti TikTok. Memang sangat membantu.








