Tanjung Kling: Seramai 150 peniaga di Pantai Puteri tidak akan kehilangan tempat berniaga selepas kerja penambakan pantai di kawasan itu selesai, sebaliknya akan disusun semula di lokasi perniagaan lebih teratur.

Jaminan itu diberikan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi yang juga penyandang kerusi berkenaan.

Beliau berkata, kerja penambakan pantai yang sedang dilaksanakan dijangka siap menjelang akhir tahun ini sebelum proses penyusunan semula gerai dilakukan sebagai sebahagian usaha pengindahan kawasan berkenaan.

"Saya nak jelaskan, tidak akan ada satu gerai pun yang ditutup seperti yang diuar-uarkan kononnya apabila saya menang nanti.