MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood meletakkan agenda utamanya menyelesaikan masalah banjir di 10 tempat, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kali ini.

Bekas Pengurus Pusat Transformasi Bandar (UTC) negeri itu berkata, Kampung Musai antara kawasan yang memerlukan perhatian segera, khususnya dari aspek menaik taraf sistem perparitan bagi mengurangkan risiko banjir ketika musim tengkujuh.

Katanya, usaha menangani masalah itu memerlukan perancangan menyeluruh dan peruntukan tambahan memandangkan kerja menaik taraf sistem saliran tidak dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun sebelum ini.

"Saya perlukan tempoh dan peruntukan lagi untuk tambah baik sistem perparitan.