Kuala Lumpur: "Faeizad memang beriya-iya mahu mendaki Jabal Nur, seterusnya menziarah Gua Hira.

"Niatnya itu ditunaikan Allah SWT, namun dia meninggal dunia ketika melakukan pendakian, ketika hampir tiba di Gua Hira," kata Pengarah Urusan II Halaqah Mukhlisin Travel & Tours Sdn Bhd, Nor Azita Zainal Abidin.

Menurut Nor Azita, Faeizad Mohamad, 38, yang menyertai kumpulan 33 jemaah umrah dari Malaysia, ditemukan meninggal dunia di laluan pendakian Jabal Nur sekitar jam 11 malam (waktu tempatan) (4 pagi waktu Malaysia).

Nor Azita berkata, arwah menunjukkan keterujaan untuk mendaki Jabal Nur, seterusnya menziarah Gua Hira sebaik menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah pada 2 November lalu.