Tanah Merah: Polis menahan 34 individu termasuk empat warga tempatan yang disyaki menjadi tekong, dalam kegiatan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi laluan tidak sah di pangkalan haram Yuti, Nibong di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, operasi pada jam 9.45 pagi itu, turut menahan 30 warga Myanmar, terdiri daripada 18 lelaki dan 12 perempuan.
Beliau berkata, operasi berdasarkan maklumat risikan itu dilaksanakan menerusi Ops Inter-Agensi KDNKA IPD Tanah Merah, berdasarkan Perintah Gerakan KPD Bil. 269/2026.
"Operasi diketuai Ketua Polis Balai Nibong dan Ketua Polis Balai Batu Gajah dengan kekuatan 10 anggota daripada Balai Polis Nibong, Balai Polis Batu Gajah, Balai Polis Bukit Bunga dan Balai Polis Lalang Pepuyu," katanya dalam kenyataan hari ini.









