Kuala Lumpur : Pelakon dan pengarah, M Jamil mendedahkan tekanan yang dihadapinya selepas bercerai dengan bekas isteri, Shahrila Markom pada 28 Oktober lalu.

M Jamil, 62, sah bercerai talak satu dengan Shahrila di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Selayang, selepas lapan bulan prosiding perbicaraan berlangsung.

Pelakon filem Ranjau Sepanjang Jalan itu kini tinggal bersama anak lelakinya dan hanya terbaring di atas katil berikutan kaki kirinya dipotong sehingga paras lutut akibat diabetes.

"Kemurungan terus memuncak, stress makin menjadi, nafas semakin semput, dan kesedihan terus di hati. Orang tidak faham situasi saya.