KUALA LUMPUR: Penyanyi, Faizal Ramly, 42, tidak pernah menganggap dirinya sebagai 'artis terpinggir' walaupun kurang meraih populariti sepanjang dua dekad berada dalam industri hiburan tanah air sejak 2006.
Faizal berkata, karier nyanyiannya tetap berterusan di negeri kelahirannya sebaik membuat keputusan balik menetap di Terengganu pada 2013.
"Memang saya macam 'menyepi', tetapi show menyanyi di sekitar Terengganu sentiasa ada. Saya menyanyi pada acara makan malam, kenduri kahwin, festival makanan dan macam-macam.
"Saya ambil apa sahaja 'show' yang sesuai kerana minat dan demi meneruskan kelangsungan hidup. Lagi pula, saya buat keputusan balik ke kampung di Terengganu dulu, ketika arwah emak saya masih ada.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMohdDusukiMokhtar20261006_691083.png&w=480&output=webp&q=85&we)

