Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam berkata sebuah pasukan petugas khas baharu ditubuhkan untuk menyekat laluan darat ke Iran susulan tentera AS mendakwa ia digunakan untuk penghantaran senjata dan bahan terlarang.

Pada Sabtu lalu, Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) mengumumkan pembentukan sebuah pasukan terdiri daripada 20 anggota bagi memperluaskan sekatan laut AS ke atas pelabuhan Iran sepanjang tempoh perang.

"Pasukan Petugas 'Iron Gate' kini beroperasi sepenuhnya di Republik Islam Iran.

"Ditambah pula dengan sekatan laut terhebat dalam sejarah, amat sedikit yang dapat memasuki atau keluar dari Iran!" kata Trump menerusi platform Truth Social sebagaimana dilaporkan AFP.