Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedang mengumpulkan semua laporan berkaitan insiden kekecohan membabitkan pemain dan pegawai pasukan Kuching City dan Selangor ketika aksi separuh akhir Piala FA, malam tadi.
Insiden di Stadium Taha Ariffin, Kuching itu berlaku pada penghujung masa tambahan selepas skuad The Cats memperoleh jaringan kedua hasil gol sendiri pemain Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd menjelaskan pihaknya kini dalam proses mendapatkan laporan lengkap daripada semua pegawai yang bertugas pada perlawanan berkenaan.
Beliau berkata, selepas mendapat laporan penuh, pihaknya akan mengemukakan perkara itu kepada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMohdDusukiMokhtar20261006_691083.png&w=480&output=webp&q=85&we)
