Islamabad: Penolong ketua Skuad Pemusnah Bom (BDS) polis maut selepas alat letupan buatan sendiri (IED) meletup ketika dia cuba mematikannya di kawasan Janta, mukim Sararogha, daerah Waziristan Selatan Hulu pada Sabtu, lapor Dawn.

Pegawai Polis Daerah (DPO) Waziristan Selatan Hulu, Ashfaq Khan berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Abdul Jabbar sedang berusaha mematikan IED berkenaan apabila letupan berlaku sehingga menyebabkan cedera parah.

Beliau kemudian meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Sumber polis memaklumkan, Abdul Jabbar sebelum itu berjaya mematikan sebutir IED yang dipasang di kawasan berkenaan.