Tokyo: Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang mengaku menikam seorang pekerja kedai buku di Osaka, semalam selepas mendakwa menyimpan dendam terhadap masyarakat.

Jurucakap polis berkata, suspek yang dikenal pasti sebagai Satoshi Okamoto mengaku melakukan serangan itu kerana berdendam terhadap masyarakat secara keseluruhan.

Lelaki terbabit didakwa menggunakan pisau dapur untuk menikam pekerja berkenaan di sebuah cawangan rangkaian kedai buku Maruzen & Junkudo, di pusat bandar Osaka, bandar raya kedua terbesar di Jepun.

Mangsa segera menghubungi polis selepas kejadian itu bagi mendapatkan bantuan.