Siddharthnagar, India: Lebih 150 penduduk termasuk beberapa kanak-kanak dilaporkan jatuh sakit selepas memakan pani puri, snek jalanan popular di India yang dibeli daripada sebuah gerai di daerah ini, lapor India Today.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan berikutan kemungkinan berlaku keracunan makanan secara beramai-ramai dengan beberapa kanak-kanak terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala muntah-muntah.

Doktor mengesyaki penggunaan air tercemar atau makanan yang sudah rosak mungkin menjadi punca kejadian berkenaan.

Doktor Bertugas Bahagian Kecemasan memaklumkan, kira-kira 30 hingga 32 kanak-kanak sudah dibawa ke hospital setakat ini untuk mendapatkan rawatan.