Kuala Lumpur : Selepas mencipta fenomena sebagai naskhah seram nombor satu Taiwan bagi tahun 2026, siri francais popular The Rope Curse kembali menggempur pawagam tempatan menerusi karya terbaharu yang membawa legenda Kuntilanak dari Indonesia ke layar perak.

Filem The Rope Curse 4: Kuntilanak meneruskan kejayaan francais berkenaan yang kini mencatat kutipan keseluruhan melebihi NT$200 juta (kira-kira RM25.1 juta).

Berbeza daripada tiga naskhah terdahulu, karya arahan Liao Shih-han dan penerbit Tsou Chieh-chung ini membawa pasukan penghalau roh merentasi sempadan ke Indonesia, sekali gus mempertemukan ritual mistik Taiwan dengan pantang larang masyarakat tempatan.

Penceritaan bermula apabila Yulan lakonan Chen Hsueh-Chen menjadi mangsa sumpahan misteri Soul Displacement (perpindahan roh).