PORT DICKSON – Bangkai seekor penyu karah dianggarkan berusia 18 tahun yang ditemukan di Pantai Bagan Pinang di sini, semalam oleh pengunjung.

Renjer penyu berlesen Jabatan Perikanan, Hishamudin Abd Manap, 56, berkata, dia menerima maklumat mengenai penemuan bangkai reptilia marin itu daripada pihak Jabatan Perikanan kira-kira pukul 5 petang.

Menurutnya, bangkai penyu berkenaan ditemukan dalam keadaan sudah membengkak selain terdapat kesan kecederaan dan lebam pada bahagian leher.

“Sebaik menerima maklumat, saya membantu menguruskan kes berkenaan sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk membuat laporan dan mendapatkan bantuan bagi tindakan lanjut.