SHAH ALAM – Juara Akademi Fantasia 6 yang juga peserta Gegar Vaganza Fantasia (GV13), Stacy mengakui teruja apabila suaminya iaitu Akim Ahmad berpeluang menjadi salah seorang peserta ‘hot seats’.

Menurut Stacy atau nama Islamnya Ummi Shaikhah Stacy Anam, 36, dia terkejut apabila melihat wajah suaminya terpampang di skrin sebagai salah seorang calon peserta ‘hot seats’.

“Saya memang teruja bila lihat ada wajah Akim. Saya sendiri menantikan detik ini. Agak susah untuk memujuk dia.

“Mula-mula dia kata tak mahu. Tapi mungkin bila dia tahu ada juara-juara lain yang tak dapat sertai, jadi dia terbuka untuk terlibat.