KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti memohon maaf kepada peminat di Malaysia susulan masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Kalimantan yang turut menjejaskan kualiti udara di negara ini.
Krisdayanti, 51, mengakui dirinya turut terkena tempias jerebu tersebut, namun bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan persembahan di atas pentas.
“Maaf ya atas jerebu tempoh hari. Saya sendiri pun kena, tetapi nasib baik masih boleh menyanyi.
“Kita akan lakukan lebih baik (we can do better),” katanya ketika menghiburkan peminat pada hari pertama Ultra Kalcer Malaysia 2026.










