ALOR GAJAH - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ginie Lim Siew Lin, memperluas kempen ke tujuh perkampungan Orang Asli di kawasan itu pada minggu kedua Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Beliau berkata, pendekatan itu bukan sekadar bertujuan meraih sokongan pengundi, malah bagi memastikan masyarakat Orang Asli turut diberi perhatian dan menyedari kepentingan peranan mereka dalam proses demokrasi."Bersempena dengan cuti perayaan ini, kita telah berjumpa dengan ramai pemilih yang bercuti dan berada di rumah. Setakat ini kita berkunjung ke semua tujuh kampung Orang Asli," katanya kepada pemberita di sini semalam.Ginie berkata, gerak kerja itu turut mendapat kerjasama dan komitmen tinggi dari jentera PH yang sanggup meluangkan masa, termasuk pada hari cuti umum, bagi mendekati pengundi di pedalaman."Saya mengucapkan terima kasih kepada jentera yang telah memberikan sumbangan dan kerjasama terbaik walaupun pada hari cuti, tetapi masih dapat berkumpul untuk menyantuni pengundi," katanya kepada pemberita, semalam.Beliau turut menyeru pengundi supaya pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada hari pengundian dan menggunakan hak mereka untuk menentukan wakil rakyat yang bakal membawa suara masyarakat di kawasan berkenaan.DUN Machap Jaya menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Lim dan penyandang Datuk Ngwe Hee Sem daripada Barisan Nasional serta Prasanth Kumar Brakasam (Parti Bersama Malaysia).Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 10 Nov manakala hari pengundian pada 14 November. - Bernama
PRN Melaka: Ginie Lim perluas kempen di 7 kampung Orang Asli

Key takeaways
Calon PH, Datuk Ginie Lim memperluas kempen ke tujuh kampung Orang Asli di kawasan DUN Machap Jaya semasa PRN Melaka.
- Ginie Lim berkunjung ke semua tujuh kampung Orang Asli untuk menarik sokongan dan memberi perhatian kepada masyarakat tersebut.
- Jentera PH turut menyertai kempen walaupun pada hari cuti umum untuk mendekati pengundi di pedalaman.
- DUN Machap Jaya mempunyai persaingan tiga penjuru antara Lim, Datuk Ngwe Hee Sem dan Prasanth Kumar Brakasam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Melaka: Ginie bawa politik baharu di DUN Machap Jaya
- Sinar Harian PRN Melaka: Ginie Lim perluas kempen di 7 kampung Orang Asli (this story)









