Khartoum/Istanbul: Dianggarkan 2,510 penduduk melarikan diri dari lima kampung di negeri Darfur Utara, Sudan susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing, dengan kebanyakan mereka menyeberangi sempadan ke negara jiran Chad, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pada Ahad.

Perpindahan terbaharu itu menyusuli beberapa gelombang perpindahan penduduk sebelum ini di kawasan Um Baru.

IOM sebelum ini melaporkan bahawa 1,150 penduduk melarikan diri dari empat kampung antara 29 hingga 31 Oktober lalu, selepas 895 penduduk dari tiga kampung lain turut berpindah pada awal Oktober lalu.

Secara berasingan, agensi itu memaklumkan bahawa 115 penduduk melarikan diri dari Kampung Al-Farshaya di kawasan Dilling, Kordofan Selatan pada Sabtu.