SEOUL: Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Yo-jung, memberi amaran negara itu akan bertindak balas lebih keras terhadap dasar bermusuhan yang tidak berubah Washington terhadap Pyongyang.
Yo-jung, yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Am Parti Pekerja Korea (WPK), yang dipetik KCNA, menegaskan sebarang dasar AS akan dibalas dengan tindakan yang setara oleh Pyongyang.
"Apabila AS catat rekod baharu dalam pelaksanaan dasar bermusuhan terhadap Korea Utara, maka wajarlah rekod baharu itu dibalas dengan tindakan kita," katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas Pyongyang mengecam dakwaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS bahawa mereka mendalangi kecurian AS$6 bilion (RM25.69 bilion) daripada platform mata wang kripto Binance.










