Kuala Nerus: Penduduk di 460 kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir di Terengganu diingatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan tidak menunggu sehingga air naik sebelum mengambil tindakan berpindah ke tempat selamat.
Peringatan itu diberikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, susulan Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 yang bermula 27 Oktober lalu.
Timbalan Pengarah APM Terengganu, Mohd Hafiz Asikin berkata, penduduk perlu segera berpindah sekiranya kawasan kediaman mula dinaiki air atau menerima arahan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Menurutnya, penduduk juga disaran menyediakan beg kecemasan atau ready-to-go baglebih awal supaya urusan menyelamatkan diri dan berpindah dapat dilakukan dengan segera.









