BAGAN DATUK: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenal pasti berada di kawasan berisiko banjir besar akibat Monsun Timur Laut (MTL) akan dipindahkan ke sekolah berasrama bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu sudah dibincangkan bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

"Pelajar dikenal pasti berada di kawasan berisiko banjir besar akan dipindahkan ke sekolah yang mempunyai kemudahan asrama," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, MTL tahun ini dijangka lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.