Pemilik hartanah di kawasan yang sering dilanda bencana seperti banjir, khususnya di beberapa lokasi di pantai timur berdepan pelbagai masalah serta dilema.

Ia termasuk penyusutan nilai hartanah mereka sehingga 30 peratus jika tiada langkah intervensi bencana daripada pihak berkuasa.

Penyusutan nilai hartanah itu berlaku berikutan pembeli tidak mengelak untuk melabur atau membeli aset di kawasan yang dikenal pasti berada dalam zon bencana.

Penganalisis Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, penyusutan nilai itu tidak dapat dielak pemilik, dengan anggaran sekitar 10 hingga 30 peratus.