PETALING JAYA – Demi memberi lakonan yang terbaik dalam filem berjudul Bisikan, pelakon Iman Zulkarnain menghadapi tekanan sehingga menjejaskan kehidupan peribadi dan menyebabkan rumah tangga berakhir dengan perceraian.

Menurut Iman, 35, tanggungjawab membawa karakter berat ketika masih baharu dalam dunia lakonan menyebabkan dia hilang keyakinan diri dan sukar mempercayai orang sekeliling, termasuk bekas isteri.

“Ketika itu saya masih baharu dan ini watak utama pertama saya. Tekanannya begitu berat hingga saya tidak okey selepas penggambaran kerana merasakan tanggungjawab itu di luar kemampuan saya.

“Saya hilang keyakinan diri dan ada masalah kepercayaan dengan semua orang. Saya tidak percaya sesiapa sampai saya bercerai. Ketika itu, saya ada masalah komunikasi dengan bekas isteri.