PETALING JAYA: Kegagalan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim untuk menangani kemelut pentadbiran negeri boleh mengundang pelbagai ke­san termasuk menjejaskan kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Negeri Sembilan, Da­tuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Ismail perlu mengambil tindakan segera kerana kegagalan menangani keadaan itu boleh mengundang pelbagai kesan termasuk ketidaktentuan ekonomi serta ketidakstabilan masyarakat, khususnya berkaitan kos sara hidup.

Katanya, teguran itu dibuat atas rasa tanggungjawab beliau di antara pemimpin yang terkesan malah turut memegang mandat UMNO di negeri itu, sekali gus menggesa tindakan segera perlu dilakukan demi kebaikan semua pihak.