Moscow: Empat laras senjata api dirampas di lokasi kejadian tembakan di Bandar Raya Krakow, Poland, manakala tujuh lagi ditemukan di rumah penembak, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Pendakwa Raya Daerah Kielce Daniel Prokopowicz pada Ahad.
"Tujuh laras senjata api dan sejumlah besar peluru dirampas di kediaman penembak. Empat senjata lagi ditemukan di tempat kejadian di Krakow," kata Prokopowicz kepada pemberita.
Rampasan berkenaan bertepatan dengan maklumat agensi penguatkuasaan undang-undang bahawa penembak dan bapanya memiliki permit bagi sejumlah 11 laras senjata api, kata pendakwa raya itu.
Penembak itu sendiri mempunyai permit bagi dua senjata api, kata Prokopowicz.










