Tehran: Tiga kapal tangki minyak melanggar periuk api lalu terbakar ketika melalui laluan yang disekat Iran di Selat Hormuz, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Ahad.
"Sejak awal pagi hari ini sehingga kini, tiga kapal tangki minyak yang melanggar sekatan sudah terlanggar periuk api dan terbakar ketika menggunakan laluan tanpa kebenaran di Selat Hormuz," menurut kenyataan itu.
Pada 28 Februauri, Amerika Syarikat (AS) dan Israel mula melancarkan serangan terhadap sasaran di Iran, sekali gus mencetuskan serangan balas daripada Tehran.
Meskipun pertempuran kini agak reda, konflik berkenaan masih belum selesai dengan wujudnya risiko pertempuran boleh tercetus semula.









