KUALA LUMPUR: Keyakinan diri bukan sekadar bergantung kepada penampilan luaran, sebaliknya mencerminkan cara seseorang menghargai dan menjaga dirinya.
Mesej itu menjadi antara nilai yang ingin diketengahkan jenama penjagaan fabrik, Daia menerusi pembabitan sebagai penaja bersama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-38.
Meneruskan kerjasama untuk tahun kedua berturut-turut selepas edisi ke-37, Daia melihat ABPBH sebagai platform strategik untuk mendekati pengguna, selain meraikan bakat dan personaliti yang menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Ketua Pemasaran Daia, Liew Tien Yee berkata, keserasian jenama itu dengan ABPBH terletak pada nilai keyakinan diri yang dikongsi kedua-dua pihak, iaitu menggalakkan masyarakat menyerlahkan keunikan dan potensi masing-masing.










