MELAKA: Peluang pekerjaan dengan gaji kompetitif serta bantuan pemuliharaan rumah ibadat antara perkara utama yang disuarakan masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput agar diberi perhatian oleh bakal wakil rakyat kawasan itu.

Jurutera mekanikal G Sathesh Kumaar, 24, berkata isu kebolehpasaran graduan dan gaji kompetitif menjadi penanda aras penting dalam menentukan wakil rakyat yang bakal berkhidmat untuk penduduk Paya Rumput.

Kerajaan negeri dan bakal wakil rakyat perlu merangka inisiatif bagi merapatkan jurang penawaran gaji di negeri itu agar setanding dengan pasaran negeri seperti Johor bagi mengelakkan penghijrahan bakat tempatan.

"Dalam kalangan belia, apa yang saya boleh utarakan, pertama sekali kadar pengangguran. Mungkin dalam Melaka ini (gaji) kita tidak setanding negeri seperti Johor dengan cara mereka bawa perubahan gaji bersama jawatan-jawatan kosong.