Putrajaya: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat sembilan tempat letak kereta bertingkat di PPA1M Selasih, Presint 17, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisoner Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berhampiran bangunan berkenaan, jam 5.45 pagi.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala siasatan awal mendapati remaja itu dipercayai terjatuh daripada tempat letak kereta bertingkat berkenaan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan," katanya dalam kenyataan.








