Kuala Lumpur: Beberapa laman web berpangkalan di negara ini mengalami gangguan dipercayai akibat serangan siber oleh kumpulan tertentu sejak kelmarin.
Beberapa pengguna di media sosial, Threads turut berkongsi beberapa tangkap layar laman web perbankan yang mengalami gangguan dan didakwa diceroboh kumpulan terbabit.
Minggu lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) meningkatkan tahap amaran daripada rendah kepada sederhana susulan peningkatan aktiviti serangan siber di seluruh dunia.
Gangguan berkenaan turut membabitkan institusi perbankan di negara ini dipercayai berlaku ketika peningkatan aktiviti serangan siber yang menyasarkan infrastruktur telekomunikasi dan perbankan.









