Nacsa mengambil maklum mengenai insiden keselamatan siber serta gangguan sistem yang melibatkan beberapa institusi kewangan, kata MKN.KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menegaskan bahawa situasi keselamatan siber negara berada dalam keadaan terkawal dengan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) kekal pada tahap sederhana.

Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) memaklumkan Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) sedang memantau situasi keselamatan siber secara berterusan susulan perkembangan terkini.

Nacsa mengambil maklum mengenai insiden keselamatan siber serta gangguan sistem yang melibatkan beberapa institusi kewangan dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan bagi memantau perkembangan.